Penyanyi Nurul Wahab menyifatkan pengalaman hamil anak keduanya ibarat kali pertama walaupun pernah mengandung 15 tahun lalu. Nurul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab, 36, berkata, dia sangat teruja dengan kandungan yang kini berusia empat bulan itu dan berharap proses kehamilannya itu berjalan dengan baik. "Bayangkan anak sulung saya sudah berusia 15 tahun dan kini mengandung buat kali kedua. Sudah tentu saya berasa sangat gembira dan teruja," katanya. Nurul dan Eric Daniel Depp, 48 yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkongsian hidup dengan suami pertama, komposer, Ajai. Dalam pada itu, tanpa berselindung, Nurul memberitahu dia mahukan cahaya mata lelaki namun suaminya tidak kisah dengan perkara tersebut.
Malah kata Nurul, anaknya Ayu, cukup teruja dengan berita tersebut dan sangat berharap dia akan melahirkan anak lelaki. "Suami paling teruja dan tidak kisah akan jantina anak itu nanti dan sibuk membuat persiapan anak pertamanya dan Ayu tidak sabar untuk bertemu dengan adiknya," katanya. Dalam perkembangan sama, Nurul berkata, dua bulan pertama kandungannya dia cepat berasa letih dan tidak mempunyai tenaga untuk menyanyi dan kini keadaannya sudah kembali pulih. Jelas Nurul, dia tidak berhasrat untuk berehat buat masa ini sebaliknya akan kekal aktif dengan pelbagai aktiviti sehingga pertengahan bulan Julai depan sebelum dijangka bersalin pada Oktober.
"Mula-mula memang sentiasa rasa penat tetapi sekarang sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa," katanya. Sementara itu, Nurul berkata, dia akan berangkat ke Perancis bagi menghabiskan kursus bahasa Perancis ketika cuti musim masa di sana tidak lama lagi. Selain itu, dia juga telah merancang untuk menghasilkan single terbaharu selepas bersalin kelak. -Mstar
.
1 Penyokong CHELSEA:
La.. igtkan dah bersalin.. rpanya baru 4 bulan..ekeke
Post a Comment