Beberapa kejadian hujan lebat yang berlaku di selatan China di Wilayah Guangdong sejak awal bulan ini telah mengorbankan 36 orang setakat ini. Dalam gelombang kedua hujan lebat Sabtu lepas, dua terbunuh manakala ketika gelombang pertama awal bulan ini 34 orang terkorban sementara 11 lagi dilapor hilang. Lebih 320,000 penduduk terjejas akibat banjir susulan kejadian hujan lebat itu yang turut memusnahkan 1,400 kediaman, lapor Xinhua, agensi berita yang dikendali kerajaan pada Selasa.
Agensi itu memetik pegawai di pejabat kawalan banjir dan bantuan kemarau wilayah, He Guoqing sebagai berkata setakat 7 malam semalam, lebih 16,000 penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan di Meizhou dan Chaozhou. Jabatan meteorologi wilayah juga mengeluarkan amaran pada Selasa bahawa kejadian hujan lebat diramal melanda seluruh wilayah itu pada Khamis dan Jumaat ini yang dijangka mengakibatkan banjir serta tanah runtuh. -Bernama
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment