Friday, May 3, 2013

Jutawan ni kaya kerana jual alat palsu?



Seorang jutawan Britain hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah menjual alat pengesan bom palsu kepada kerajaan Iraq dan beberapa negara lain. James McCormick memperoleh keuntungan dianggarkan bernilai 50 juta pound (RM236 juta) hasil jualan peralatan palsu tersebut yang sebenarnya diperbuat daripada alat mencari bola golf dan tidak menggunakan bahan saintifik untuk mencari bahan letupan. Minggu lalu, seorang juri mahkamah di London mendapati lelaki berusia 57 tahun itu bersalah atas tuduhan melakukan penipuan.

Hakim yang menjatuhkan hukuman tersebut, Richard Hone berkata, penipuan yang dilakukan oleh McCormick telah menyebabkan banyak nyawa terkorban. " Saya mendapati anda (McCormick) melakukan penipuan dalam menjual peranti pengesan bom yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan kepada individu-individu yang tidak bersalah," jelasnya. Peranti Advanced Selection Equipment (ASE) itu yang dikatakan mampu mengesan bahan letupan, gading gajah, dadah dan manusia telah dijual kepada kerajaan dan pertubuhan keselamatan.

McCormick dipercayai telah memperoleh keuntungan kira-kira 37 juta pound (RM174 juta) daripada kerajaan Iraq, tidak termasuk jualan produk itu kepada Georgia, Niger, Belgium dan Amerika Syarikat (AS). Jutawan terbabit mengakui dia turut menjual peralatan berkenaan kepada tentera Mesir, polis Kenya, pusat penjara Hong Kong dan peronda sempadan Thailand. - AFP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!