Sunday, May 19, 2013

Serius : Isteri Didera Hingga Mati Kerana Enggan Rujuk


Seorang suri rumah meninggal dunia dipercayai akibat didera suaminya di sebuah rumah di Taman Bahagia, Jalan Puchong di sini. Wanita berumur 28 tahun itu meninggal dunia sejurus dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 1.10 pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata terdapat kesan lebam yng baharu dan lama di seluruh badan mangsa. "Kami kini dalam usaha memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Beliau berkata suami mangsa iaitu seorang tukang masak dilapor mendera mangsa kerana mangsa menolak ajakannya untuk merujuk semula setelah mereka tidak tinggal sebumbung sejak Febuari lepas. Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian, tambahnya. - Bernama




 P/S - Gambar sekadar hiasan





.

2 Penyokong CHELSEA:

Suria Amanda on May 19, 2013 at 2:34 PM said...

MACAM2 HAL LA..SEKARANG BUNUH MEMBUNUH MCM DAH JADI JENAYAH BIASA DALAM NEGARA KITA..

Aziela on May 20, 2013 at 10:25 AM said...

Kalau dah macam tu punya dera, siapa yg nak rujuk kan?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!