Tiga wanita yang dilaporkan hilang kira-kira 10 tahun lalu ditemui masih hidup di kawasan perumahan di selatan pusat bandar di sini. Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Amanda Berry, Gina DeJesus dan Michele Knight ditemui awal pagi Isnin. Polis tidak memberikan butiran terperinci bagaimana berkenaan ditemui tetapi berkata kesemua mereka kelihatan berada dalam keadaan yang baik.
Berry hilang ketika usia 16 tahun pada 21 April 2003 semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di restoran makanan segera Burger King. DeJesus pula yang ketika hilang berusia 14, dikatakan dalam perjalanan ke sekolah, setahun selepas itu manakala Knight dilaporkan hilang sejak 2002. Polis berkata seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan, namun setakat ini tiada maklumat berhubung sebarang dakwaan. - AP
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment