Monday, June 10, 2013

Ayah sanggup pukul anak kerana dirasuki roh jahat


Seorang lelaki Virgina, Amerika Syarikat, dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun, kerana membunuh anaknya berusia 2 tahun dalam upacara pengusiran roh halus. Eder Guzman-Rodriguez (30), dihukum di mahkamah Floyd County. Sebelum ini dia menolak tuduhan telah melakukan pembunuhan terhadap anak perempuannya, Jocelyn, pada November 2011. Dalam pemeriksaan polis, Eder mengatakan anaknya telah dirasuki setan, dan dia berusaha mengusirnya keluar. Pendakwa Commonwealth Stephanie Shortt mengatakan, anggota polis yang petama kali tiba di lokasi pembunuhan melihat, beberapa orang warga hispanik memegang kitab berdiri di garaj rumah milik Eder.

Tubuh kanak-kanak itu ditemukan di atas tempat tidur bilik utama, terbungkus di dalam selimut dan sudah dalam keadaan tidak bernafas. Sementara beberapa kitab dan bahan keagamaan lainnya, ditemukan bertebaran di dalam bilik itu. Eder juga mengaku dirinya turut dirasuki roh jahat, sehingga dia boleh melihat anaknya memberikan isyarat kepadanya, seolah-olah dia ingin melawan. Hal itu membuat Eder memukulnya berulang-ulang dengan tangan. Hal itu membuat tulang rusuk Jocelyn patah, juga luka, dan kecederaan serius pada paru-parunya, sebelum kemudian mengalami pendarahan, dan meninggal dunia kerana sesak nafas. -Agensi






.

1 Penyokong CHELSEA:

Sayidah Napisah on June 10, 2013 at 10:08 AM said...

subhanallah..blh percaya ka??

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!