Wednesday, June 26, 2013

Jimmy Shanley sudah kahwin lain?


Jimmy Shanley sudah kahwin lain? | Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, 33, hari ini enggan mengulas sebarang dakwaan mengenai statusnya yang dikatakan sudah berkahwin lain. Menurut Jimmy, dia kini mahu menumpukan perhatian kepada pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. "Buat masa ini, saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Saya sekarang mahu fokus pada pengajian di peringkat sarjana yang sudah memasuki peringkat akhir. "Lagipun saya sedang menjalani peperiksaan akhir dan minggu depan baru selesai semuanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perbicaraan kes di Mahkamah Syariah Shah Alam berkaitan fail permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya atas dakwaan ingkar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka. Terdahulu, desas-desus mengatakan Jimmy kini sudah bergelar suami kepada seorang wanita kaya berstatus janda.

Tambah Jimmy, jika ada perkara yang perlu diumumkan kepada para peminat dan orang ramai, beliau akan memanggil pihak media. "Sekiranya saya merasakan perlu untuk mengadakan sidang akhbar, saya akan umumkan tarikh dan lokasinya. "Buat masa sekarang bukan saya tidak hendak beritahu, tetapi banyak hati yang perlu dijaga melibatkan ahli keluarga," jelasnya. - Utusan





.

1 Penyokong CHELSEA:

Kak Mahh on June 26, 2013 at 12:45 PM said...

Kita doakan yang terbaik.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!