Wednesday, June 5, 2013

Khabar terkini pelakon Azean Irdawaty


 SELEPAS selamat menjalani pembedahan bagi merawat dua ketumbuhan di bahagian otaknya akibat kanser yang merebak ke bahagian vaskular tubuhnya, pelakon Azean Irdawaty kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Seniwati yang berusia 65 tahun itu sedang berehat selepas dibedah di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada April lalu. Menurut anaknya, Benjy ibunya telah dibenarkan pulang ke rumah lebih kurang seminggu selepas pembedahan dijalankan ke atasnya. “Rawatan steroid yang diberikan pada ibu saya diperlukan untuk mengurangkan bengkak dan tekanan di bahagian otaknya. Namun, ia membuatkannya tidak bermaya,” kata Benjy.

Tambah aktor itu lagi, ibunya mengalami masalah pertuturan akibat pemakanan ubat. “Ada hari-hari yang ibu berada dalam keadaan segar dan mahu berbual. Namun, ada juga hari di mana ibu percakapannya tidak jelas langsung,” kata Benjy. Kata Benjy, mereka sekeluarga pasrah dengan keadaan yang menimpa ibunya yang sudah lebih seabad menderita akibat kanser. “Kami sekeluarga bergilir-gilir menjaga ibu yang perlukan kawalan rapi, Kami hanya mahu yang terbaik buatnya. Doakanlah agar beliau cepat sembuh, insyallah,” kata Benjy.





.

1 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on June 6, 2013 at 8:25 AM said...

Salam lulu..

semoga azean cepat sembuh hendaknya.. insyaAllah..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!