Friday, June 7, 2013

Kisah cinta hati Raja Azmi


Selepas hubungannya yang terjalin bersama seorang lelaki muda beberapa bulan lalu tidak menjadi, penerbit penuh kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dia kini sedang dalam mood sedang dilamun cinta. Dalam erti kata lain, janda berusia 53 tahun ini sudah pun menemui pengganti Jailani Sidek. Semalam, ketika bertemu beliau ketika di sidang media khas mengenai isu kontroversi antara beliau dan Adam Davin, sempat lagi wanita yang mesra dengan panggilan Kak Mi ini berkongsi berita gembiranya itu bersama pihak media. "Apa yang jadi kepada saya (kontroversi) ini ada hikmahnya. Saya redha dengan dugaan demi dugaan yang datang ni. Nak stress, stress pun tak guna. Hari ini saya sekali lagi dilanda kontroversi tapi dalam masa sama anda semua akan dengar berita gembira daripada saya tak lama lagi", katanya yang sentiasa berpegang pada prinsip, sentiasa berfikiran positif dalam hidup.

Lantas Raja Azmi terus dihujani pelbagai pertanyaan dan pelbagai tekaan. Apa berita yang gembira sangat tu Kak Mi, bertemu cinta baru ker? "Ya, saya dah jumpa pengganti Jailani. Umurnya lebih kurang sebaya saya. Dia pernah popular sikit masa dulu. Dia seorang gitaris band 90-an. Dia berambut panjang. Dia sangat kelakar orangnya. "Dalam hidup saya, tiga kali saya jatuh cinta. Pertama dengan Misbun Sidek, kedua dengan Jailani Sidek dan ketiga ini, dengan dia. Kami berkenalan di gym. Dah empat bulan lebih kami menjalinkan hubungan cinta. Anak-anak pun okay bila tahu saya bercinta dengan dia", tuturnya sambil tersipu-sipu malu. Tambah beliau biarpun sebelum ini dirinya pernah berkahwin dengan pemain badminton namun jiwa penerbit filem ... Anu Dalam Botol ini sebetulnya seorang yang suka pada muzik metal dan rock.

Minat pada muzik merupakan salah satu sebab dia menyukai gitaris tersebut. "Walaupun saya berkahwin dengan pemain badminton, saya seorang yang sangat suka muzik. Saya sering pergi menonton gig-gig. Tapi sebelum saya kenal dengan dia (gitaris), saya tak tahu pun pasal band dia", katanya. Bagaimanapun tidak mahu terus bercerita lanjut kerana takut apa yang diharapkan tidak kesampaian, sebelum menghentikan perbualan tentang kisah cintanya itu, Raja Azmi berkata, "InsyaAllah, cukup enam bulan nanti saya akan adakan satu sidang media khas mengumumkan tarikh..., ujarnya.

Sementara itu, menyedari dirinya cukup dikenali kerana kisah-kisah kontroversi yang melanda dirinya, anak kelahiran Kuala Kangsar perak ini berkata, beliau menerima dugaan tersebut, kalau itu sudah ditakdirkan Tuhan untuk dirinya. "Selama ini saya tidak ada Twitter mahupun Facebook. Tapi baru saja saya mengenali dan mempunyai laman sosial Instagram, saya dilanda kontroversi. Saya dituduh buat fitnah ke atas orang yang saya kenal dari Instagram. Pada saya, apa yang melanda diri saya ini saya terima. Kalau saya dilabel sebagai 'Diva Kontroversi', saya terima kalau itu satu dugaan daripada Allah", katanya. -MD





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!