Thursday, June 6, 2013

Lelaki itu terselamat walaupun terlibat dalam kemalangan yang mengerikan


Seorang lelaki di China terselamat daripada satu kemalangan jalan raya yang mengerikan tanpa sebarang kecederaan. Kejadian berlaku apabila kereta milik Chen Wu dilanggar oleh sebuah bas dari arah belakang ketika berhenti di kawasan lampu isyarat di satu daerah di Beijing, baru-baru ini. Insiden itu menyebabkan bas tersebut berada di atas kereta Chen Wu sehingga menyebabkan bumbung kereta mangsa remuk. Jika dilihat daripada keadaan kereta Chen Wu, mungkin ramai yang tidak akan percaya mangsa akan terselamat. Namun, apa yang mengejutkan, Chen Wu bukan sahaja terselamat tetapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Keadaan menjadi gelap dan bumbung kereta saya mula menghempap saya," kata mangsa kepada pihak polis yang dipetik daripada Daily Mail. Pasukan bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa selama lima jam untuk memotong beberapa bahagian kereta mangsa sebelum menarik keluar Chen Wu. Menurut polis, pemandu bas mendakwa mengalami masalah brek tetapi saksi memberitahu, pemandu bas itu terlalu awal bergerak sebelum lampu isyarat bertukar hijau. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!