Mayat seorang lelaki Indonesia ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan perutnya terburai dipercayai dibunuh di Jalan Residen Utama, Desa Park City di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, lelaki berusia 30-an berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian selepas perutnya dirobek dan luka di bibir, dagu serta belakang badan. Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai pekerja elektrikal dengan sebuah syarikat sub kontrak dalam perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar berkata, mangsa dipercayai diserang dua lelaki senegara menggunakan kerambit. ``Senjata itu digunakan berdasarkan penemuan sarung yang ditemui tidak jauh dari mayat mangsa, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. -Utusan
P/S - Gambar sekadar hiasan
.
3 Penyokong CHELSEA:
Ya Allah.. zalimnya..
Ya Allah.. zalimnya..
Astaghfirullah , zalimnya
Post a Comment