Pergelangan tangan kanan seorang pekerja penyelenggara kilang parah, selepas termasuk ke dalam mesin pencetak yang sedang dikendalikannya dalam kejadian di sebuah kilang pencetakan di Kampung Tasek Permai, di sini, pagi semalam. Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 10.35 pagi itu, mangsa Bahrin Haron, 34, berasal dari Kuala Lumpur itu, sedang menarik kertas yang tersepit ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit.
Mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit itu disedari rakan sekerjanya, sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang. Sepasukan anggota bomba yang diketuai, Pegawai Bomba Kanan II, Noor Ahmad Mohd Sarif bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian. Noor Ahmad berkata, operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit. Mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan. -MD
.
1 Penyokong CHELSEA:
tu yg bahaya bile keje dgan mesin...
Post a Comment