Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah apartmen runtuh di pinggir Mumbai, India, semalam. Pesuruhjaya polis, Raghuvanshi berkata, kejadian itu berlaku ketika penghuni apartmen berkenaan sedang nyenyak tidur. “Sehingga kini, seramai 10 kematian dicatatkan dengan lima dewasa dan lima kanak-kanak dan sembilan mengalami kecederaan. Kami percaya ramai yang masih terperangkap,” katanya.
Menurutnya, anggota penyelamat terpaksa menggunakan jengkaut untuk mencari mangsa di bawah runtuhan. "Punca kejadian masih dalam siasatan dan laporan awal mendapati kejadian itu tiada unsur khianat," katanya. Sementara itu, menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira jam (6 pagi waktu tempatan). "Ketika itu, saya sedang melintas di kawasan ini, tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat dan bangunan ini runtuh dengan pantas," katanya kepada AP. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment