Sunday, June 2, 2013

Seniwati terkenal kini berada di ICU


Seniwati Latifah Omar dilaporkan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser. Pelakon veteran berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital. Presiden Seniman, Zed Zaidi yang dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan tahap kesihatan Latifah akan dipantau dari semasa ke semasa.

“Benar, seniwati tersebut telah dimasukkan ke ICU setelah mengadu sakit akibat penyakit ulser," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Latifah memulakan karier seninya dalam bidang lakonan sejak berusia 16 tahun dan turut berlakon di samping Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Beliau sudah berlakon lebih daripada 20 buah filem antaranya Raden Mas, Serangan Orang Minyak, Hang Jebat dan Lanchang Kuning. Pada 1953, Latifah juga dinobatkan sebagai ratu cantik Singapura. - Utusan





.

1 Penyokong CHELSEA:

missshoji on June 3, 2013 at 1:22 AM said...

Suka dengan lakonan beliau..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!