Seorang wanita buta di China mengaku telah menjual empat bayinya yang baru lahir untuk menyara keluarga kerana suaminya tidak boleh berkerja. Antara tahun 2005 dan 2012 Du Xiurong, dari Kampung Shibei dalam Mianyang, barat daya Provinsi Sichuan China, menjual empat bayi yang baru dia lahirkan - tiga perempuan dan seorang lelaki. Secara keseluruhan, Du, telah melahirkan enam orang anak, tetapi hanya menyimpan anak sulungnya seorang perempuan. Bagi Du, dia yakin tiada yang salah dengan perbuatannya, dan dia berkata: 'Saya telah memberikan bayi kepada keluarga yang tidak dapat melahirkan anak. Mereka mahu bayi dan saya telah membantu mereka. '
Pada januari yang lalu, Du Januari telah ditahan kerana menjual anak-anaknya, tetapi dia dikeluarkan tidak lama selepas itu kerana kecacatannya. Menurut Du, yang buta dalam kemalangan ketika dia berusia lima tahun, dia telah berkahwin ketika dia 14 tahun. Du melahirkan anaknya yang pertama, lelaki, Cheng Jin, pada tahun 1991.
Kemudian pada tahun 2000 dia telah melahirkan anak perempuan pertamanya, Sun Miao. Ketika itu dia sedar, untuk membesarkan anak, mereka memerlukan wang yang banyak untuk pendidikan mereka. Jadi Du membuat pilihan, untuk melahirkan dan menjual bayi itu. Pada tahun 2005, Du menjual anak kedua dengan harga 2500 Yuan (£ 268). Dalam tempoh tujuh tahun berikut Du menjual tiga lagi bayi. -AP
.
3 Penyokong CHELSEA:
kesian, die tak larat tanggung dah . Moga family baru anak kecil tu jaga die baik2.
ishh, akak xleh betul, baca kalau bab anak ni, ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia redha jual anak dia, tp dalam hati dia je yang tahu betapa deritanya berpisah dengan anak..
buat bisnes jual anak pulak. at least dia bantu org yg tak ada anak. tapi tak digalakkanlah.
Post a Comment