Thursday, July 25, 2013

Gambar pernikahan penyanyi Hattan dan bekas isteri, Arianie Abidin


Gambar pernikahan penyanyi Hattan dan bekas isteri, Arianie Abidin | Penyanyi lagu Bisa Bonar iaitu Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu. Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang. Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran. Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.


Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat", katanya. Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar. -Mstar





.

2 Penyokong CHELSEA:

Kisah Si Dairy on July 25, 2013 at 10:02 AM said...

tahniah kat dato hattan dan isteri..harap kali nie berkekalan hendaknya..

Myra Jay on July 25, 2013 at 2:58 PM said...

Tahniah buat mereka :D Moga jodoh berkekalan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!