Tuesday, July 16, 2013

Kanak-kanak itu selamat walaupun tertimbus dalam pasir selama 6 jam



Kanak-kanak itu selamat walaupun tertimbus dalam pasir selama 6 jam | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun berjaya diselamatkan selepas tertimbus di kawasan berpasir sedalam 3.3 meter yang secara tiba-tiba runtuh di Indiana Dunes National Lakeshore dekat sini pada Jumaat lalu. Renjer Lakeshore, Bruce Rowe berkata, pasukan keselamatan terpaksa menggunakan jentera berat bagi mengeluarkan kanak-kanak itu, yang tertimbus selama lebih tiga jam di sebuah kawasan berpasir yang dikenali sebagai Mount Baldy, tempat budak itu bermain. Dia kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Kesihatan Franciscan St. Anthony, namun kemudiannya diterbangkan ke sebuah hospital di Chicago.

Rowe berkata, dia dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda 'dalam keadaan baik', namun keadaan terkini budak lelaki tersebut masih tidak diketahui. Menurut satu kenyataan media daripada First Baptist Church of Galva, Illinois, kanak-kanak itu bernama Nathan Reul. The Indy Channel pula melaporkan, semasa kejadian itu, Reul sedang berjalan di kawasan berpasir berkenaan bersama ibu bapanya sebelum dia menemui sebatang kayu reput yang secara tiba-tiba runtuh.

Ibu bapa kanak-kanak itu terus menghubungi pasukan kecemasan yang tiba 15 minit kemudian dan terus menggali dengan menggunakan tangan. Kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 8 malam setelah operasi mencari dibantu jentera berat yang disediakan dua syarikat menggali berhampiran. Menurut bomba, semasa dalam perjalanan menuju ke hospital, Reul mula bernafas dan menangis. Kanak-kanak itu dan keluarganya dipercayai berasal dari Illinois. - AGENSI

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 17, 2013 at 12:20 AM said...

panjang umur budak ni...

boni kacak on July 17, 2013 at 6:51 AM said...

belum ajal dia lagi tu.. :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!