Tuesday, July 16, 2013

Kerana curi coklat, lelaki ini dipenjara 14 hari




Kerana curi coklat, lelaki ini dipenjara 14 hari | Gara-gara mencuri lapan keping coklat bernilai RM63.20 di sebuah pasar raya minggu lalu, seorang mekanik dipenjara 14 hari selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu. Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Mohd Faizal Abd Rahman, 30, menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap, iaitu Khamis lepas. Dia didakwa mencuri lapan keping coklat Cadbury berharga RM7.90 sekeping, di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Jalan Alor di sini pada 10 malam, 10 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, seorang penyelia melihat tertuduh masuk ke pasar raya itu dalam keadaan mencurigakan dan keluar tanpa membuat apa-apa bayaran. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup, mendapati Mohd Faizal mengambil coklat berkenaan. Pada keesokan harinya, tertuduh datang lagi ke pasar raya itu jam 10 malam untuk membeli coklat Kit Kat, semasa mahu membuat pembayaran, penyelia mengecam tertuduh dan menahannya. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad manakala Mohd Faizal tidak diwakili peguam. - Bernama





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 16, 2013 at 12:23 PM said...

coklat ke...g lie gula2 sposen tu dh la...hehe

ejulz on July 16, 2013 at 3:10 PM said...

adehhh.. brg camtu pn nak curi..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!