Thursday, July 25, 2013

Kesan penunjuk perasaan kepada ahli parlimen dan menteri di Bulgaria


Kesan penunjuk perasaan kepada ahli parlimen dan menteri di Bulgaria | Polis antirusuhan Bulgaria terpaksa bertindak meleraikan kepungan oleh penunjuk perasaan ke atas bangunan Parlimen awal hari ini bagi membawa keluar lebih 100 menteri, Ahli Parlimen dan wartawan yang terperangkap di bangunan itu lebih lapan jam. Polis menggunakan perisai untuk meleraikan tunjuk perasaan antikerajaan itu dan membentuk kepungan yang dikawal ketat ke bangunan Parlimen yang terletak di pusat bandar Sofia, pada kira-kira pukul 3 pagi tadi (8 pagi waktu Malaysia), menurut jurugambar AFP. Koresponden media yang terperangkap di dalam bangunan itu mengesahkan tiga menteri iaitu Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan dan Menteri Buruh dan beberapa Ahli Parlimen dari parti kerajaan, Parti Sosialis serta pergerakan MRF minoriti Turki, adalah kumpulan pertama yang dibawa keluar.

Semua yang terperangkap berjaya dikeluarkan menjelang pukul 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) apabila jentera berat mula mengalihkan penghadang jalan yang didirikan oleh penunjuk perasaan. Usaha awal untuk membebaskan kumpulan itu lewat semalam mencetuskan pertempuran kecil antara 2,000 penunjuk perasaan dengan polis, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera, termasuk dua polis, menurut sumber hospital. Speaker Parlimen, Mihail Mikov turut membatalkan sesi Parlimen hari ini dan mengecam keganasan tersebut.

"Undang-undang perlu dihormati. Ahli Parlimen tidak sepatutnya menjadi sasaran yang boleh membahayakan nyawa serta kesihatan mereka," katanya. Tunjuk perasaan telah diadakan di Sofia setiap petang sejak 14 Jun lalu oleh beribu-ribu orang yang bosan dengan kemiskinan dan gejala rasuah yang berleluasa di negara ini. Kumpulan penunjuk perasaan itu menuntut supaya kerajaan meletak jawatan, tetapi insiden awal hari ini adalah tunjuk perasaan pertama yang bertukar menjadi ganas. - AFP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!