Lumpuh tidak pernah membataskan lelaki ini melakukan kerja murni | Seorang lelaki lumpuh di Britain, sanggup menyerahkan wang yang dikumpulnya berjumlah 20,000 pound (RM96,136) untuk rawatan kakinya kepada seorang budak yang juga tidak boleh berjalan, untuk memberi peluang kepada budak itu menjalani rawatan. Dan Black berasal dari Chepstow, Wales Selatan, lumpuh sejak empat tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan pada 2009 apabila basikal yang ditunggangnya ke tempat kerja dilanggar oleh sebuah kenderaan. Dia berjaya mengumpul wang tersebut untuk menjalani rawatan sel stem perintis yang mungkin akan membantunya berjalan semula.
Black, bagaimanapun melupakan hasratnya itu selepas mendengar kisah hidup seorang budak yang berumur lima tahun, Brecon Vaughan yang tinggal berdekatan kawasan kediamannya. Vaughan dilahirkan dengan sindrom Spastik Diplegia yang menyebabkan kekejangan di kaki, kurang keseimbangan dan koordinasi. Dia terpaksa menggunakan alat bantuan berjalan untuk bergerak dan keluarganya kini terdesak untuk mengumpul 60,000 pound (RM288,408) bagi menghantarnya menjalani pembedahan di Amerika Syarikat (AS) supaya dia boleh berjalan buat pertama kalinya. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
wahhh, baiknya. zman skang ni, jarang2 nak jumpa org yg murah hati
Post a Comment