Monday, July 8, 2013

Perang pelik terjadi di Britain


Beberapa kawasan di Britain kini dilanda ‘perang burung camar’ apabila burung-burung tersebut bertindak ‘menyerang’ orang ramai bagi mendapatkan makanan. Mereka yang menjadi mangsa dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital, termasuk kanak-kanak yang mengalami luka di mulut dan anjing kecil yang mati akibat diserang burung-burung tersebut. Beberapa kawasan di South Shields dan Belfast terpaksa mengeluarkan amaran berjaga-jaga ekoran serangan burung-burung tersebut. Di Perranporth, Cornwall, perkhidmatan menghantar surat oleh Royal Mail dihentikan di kawasan pantai selepas beberapa posmen diserang.

 Seorang wanita di Fleetwood, Lesley McLaughlin, 69, terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas cedera di kepala akibat ‘diserang’ burung berkenaan. Burung-burung berkenaan yang bergerak secara berkumpulan dilaporkan selalunya bertumpu di kedai makanan segera, kelab malam dan restoran untuk ‘merampas’ makanan daripada pengunjung. ‘Serangan’ burung tersebut yang paling teruk dilaporkan berlaku di Bank Street, Cornwall menyebabkan jalan raya itu digelar ‘Lorong Burung Camar’. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 8, 2013 at 11:35 PM said...

kena kaji tu... knp haiwan tu bertindak agresif.. lapar ke.. ke sbb lain... manalah tahu sbb kna bahan radioaktif ke.. kena bhn kimia ke.. hehehe... bnyk tengok movie ni..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!