Sunday, July 7, 2013

Permohonan umrah pada Ramadan dibeku


Permohonan umrah pada Ramadan dibeku | Syarikat Darul Mubarak Travel and Tours mengambil pendekatan menutup permohonan melakukan umrah sepanjang bulan Ramadan berikutan masalah pemberian visa kepada jemaah umrah. Pengarah Urusannya, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, pihaknya telah memaklumkan lebih awal kepada bakal jemaah umrah, syarikatnya tidak akan membuka permohonan umrah sepanjang Ramadan dan akhir Ramadan bagi tahun ini. Menurutnya, masalah timbul apabila kedutaan Arab Saudi menetapkan syarat sah visa untuk umrah sepanjang Ramadan dan akhir Ramadan hanya 15 hari. “Tempoh sah visa yang diberikan terlalu singkat dan ini akan menyukarkan jemaah umrah sepanjang Ramadan kerana tidak boleh menghabiskan Ramadan di sana.

“Bagi mengelakkan masalah syarikat kami mengambil keputusan untuk menutup permohonan bagi mengerjakan umrah sepanjang Ramadan dan akhir Ramadan,” katanya. Menurutnya, masalah berkenaan hanya berlaku pada tahun ini kerana pada tahun-tahun sebelumnya tidak ada halangan untuk mengerjakan umrah sepanjang Ramadan. “Ramadan sebelum ini tidak timbul sebarang masalah untuk mengerjakan umrah tetapi tahun ini dari awal lagi kami telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

“Apabila perkara ini berlaku ia menimbulkan masalah kepada kami kerana terpaksa menutup permohonan umrah bagi elak sebarang masalah,” katanya. Beliau berkata, perkara itu diharap dapat diselesai dengan baik bagi memastikan hasrat jemaah umrah untuk melakukan umrah sepanjang Ramadan dapat dilaksanakan. “Jika masalah ini berlaku setiap tahun memang akan memberikan kesan kepada syarikat kami malahan mereka yang mahu melakukan umrah juga terpaksa membatalkan hasrat mereka. “Diharapkan ada penyelesaian terbaik berkenaan masalah visa ini supaya isu ini tidak berlarutan terlalu lama,” katanya. -SH




.

1 Penyokong CHELSEA:

Uji Hussein on July 7, 2013 at 1:32 PM said...

Takpelah.Kalau tak dapat bulan ramadhan, kita pegi bulan lain.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!