Thursday, July 25, 2013

Risiko tidak sarapan pagi terhadap lelaki


Risiko tidak sarapan pagi terhadap lelaki | Lelaki yang tidak mengambil sarapan pagi akan berhadapan dengan risiko lebih tinggi mengalami penyakit serangan jantung, menurut kajian Amerika Syarikat (AS). Satu kajian yang membabitkan hampir 27,000 lelaki mendapati mereka yang gagal untuk makan pada waktu pagi mempunyai risiko untuk mengalami serangan jantung lebih tinggi dengan 27 peratus berbanding mereka yang menikmati sarapan pagi. Lelaki berkenaan, yang berumur dalam lingkungan dari 45 sehingga 82 tahun, mengambil bahagian dalam kaji selidik mengenai amalan pemakanan yang memberi kesan kepada rahap kesihatan, dari tahun 1992 sehingga 2008.

Mereka yang tidak bersarapan pagi kebanyakannya dalam lingkungan usia yang lebih mudah, dan merupakan antara perokok, bekerja sepenuh masa, tidak berkahwin, tidak aktif secara fizikal dan minum lebih banyak alkohol. "Tidak mengambil sarapan pagi mungkin mendorong kepada satu atau lebih faktor yang berisiko, termasuk obesiti, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan diabetis, yang mungkin akan mengakibatkan penyakit serangan jantung," kata Leah Cahill, penulis dan pengkajian utama dalam kajian itu di Fakulti Kesihatan Awam di Havard. "Jangan tidak mengambil sarapan pagi. Makan pagi dikaitkan dengan usaha mengurangkan risiko penyakit serangan jantung," kata Cahill. - AFP






.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 26, 2013 at 2:43 AM said...

x elok skip meal...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!