Wednesday, July 3, 2013

Seorang ibu menang kes pertama kerana diabai anak


Seorang ibu menang kes pertama kerana diabai anak | Seorang wanita diperintahkan mahkamah melawat ibunya sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan dalam kes pertama bawah undang-undang melindungi golongan tua di negara itu. Wanita tua berusia 77 tahun yang bertongkat dan tersandar di kerusi plaintif di mahkamah wilayah Wuxi hadir ketika mendengar kes terhadap anak perempuannya bersama suami kelmarin, lapor Wuxi Daily, semalam.


Ubah tradisi keluarga 

Undang-undang berkenaan berkuatkuasa Isnin lalu berikutan kebimbangan pembangunan pesat di China mengubah tradisi keluarga dan mewujudkan lebih banyak kediaman tanpa penghuni. Laporan mengenai orang tua yang sering diabaikan atau tidak dilayan dengan baik anak mereka mengejutkan negara itu. Dalam kes di Wuxi, di wilayah timur Jiangsu, anak perempuannya dan suaminya bersetuju menjaga wanita dikenali Chu, tetapi tidak melawatnya sejak dia tinggal bersama anak lelakinya berikutan satu perselisihan faham ahli keluarga. Mahkamah di daerah Beitang memutuskan pasangan terbabit perlu melawat ibu mereka sekurang-kurangnya sekali dalam dua bulan dan sekurang-kurangnya sekali ketika cuti kebangsaan negara. Hakim turut memerintahkan pasangan terbabit membayar pampasan jika mereka tidak melawat wanita tua itu. Undang-undang perlindungan hak dan kepentingan orang tua mengatakan bahawa ahli keluarga perlu melawat anggota keluarga berusia lebih 60 tahun ke atas secara kerap tetapi tidak memberikan penerangan lanjut. Pakar bimbang, undang-undang baru terbabit akan sukar dikuatkuasakan, sementara sebilangan pengguna internet menyifatkan peraturan itu sebagai tidak dapat diterima malah ada yang menganggapnya penghinaan kepada negara. - AFP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!