Monday, July 22, 2013

Tips elakkan kasut cepat rosak

Tips elakkan kasut cepat rosak | Baru beberapa minggu membeli kasut baru tetapi mudah sahaja rosak. Walaupun sesetengah kasut mempunyai harga yang mahal, namun kasut masih lagi tidak tahan lama. Antara sebab mengapa kasut anda cepat rosak dan tidak tahan lama mungkin disebabkan penjagaan kasut yang tidak betul. Mari kita lihat beberapa panduan menjaga kasut agar dapat bertahandengan lebih lama. Sekiranya kasut anda basah kerana hujan atau terpijak lopak air, jangan sesekali menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan kasut. Haba berlebihan menjadikan kasut anda longgar, kulit mudah terkupas, pudar dan cepat merekah terutamanya di bahagian tapak.

Seterusnya, simpan kasut anda di tempat yang terbuka berbanding menyimpannya di dalam almari kasut. Udara di tempat terbuka yang banyak membolehkannya bernafas serta mengelakkan kasut daripada berbau. Kertas atau surat khabar lama juga ada kegunaannya. Selain daripada mengitar semula, kertas dan surat khabar lama ini boleh direnyuk dan disumbatkan ke dalam kasut untuk mengekalkan bentuk asalnya.

Selain itu, kasut kanvas atau berfabrik boleh dicuci samaada menggunakan mesin basuh mahupun cucian tangan namun anda harus meletakkan surat khabar lama di dalam kasut tersebut agar kasut itu tidak kehilangan bentuk asal walaupun selepas dibasuh. Jika kasut anda kotor atau terkena lumpur sewaktu melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, basuh kasut tersebut dengan segera kerana lumpur yang melekat pada kasut boleh membuatkan kasut cepat reput. -AP

.

4 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on July 23, 2013 at 3:12 AM said...

trimas sebab berkongsi lulu :)

saida on December 24, 2013 at 11:49 PM said...

Sy ingn bertanya bagaimana utk menjaga kasut agar tidak berkulat dan reput. Sy mempunyai sepasang kasut baru yg belum prnh dipakai. Kasut tersebut sy ingn simpan utk sementara waktu hingga waktu perkahwinan sy sekitar 6-8 bln lg. Seperti sedia maklum kasut mudah berkulat dan reput. Bagaimana utk memastikan kasut tersebut tidak reput kerana bimbang pd hari perkahwinan sy nti sy tidak dapat memakainya.

saida on December 24, 2013 at 11:50 PM said...

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!