Thursday, August 15, 2013

Inilah alasan si suami yang sanggup membelasah isteri dalam lif baru-baru ini


Inilah alasan si suami yang sanggup membelasah isteri dalam lif baru-baru ini | Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital. Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar. "Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," katanya. Pasangan itu kedua-dua mereka berumur 36 tahun, memiliki tiga anak berusia empat, lima dan sembilan tahun hasil perkongsian hidup selama 12 tahun. Anak kedua mereka adalah perempuan. Menceritakan kembali detik itu, beliau berkata suaminya ke hospital untuk menziarahi anak sulung mereka yang demam panas.

“Saya membiarkan mereka didalam wad dan turun ke tingkat bawah hospital untuk ke kedai serbaneka bersama anak kedua. “Tidak lama kemudian, suami turun dan meminta saya memujuk anak-anak agar mahu keluar dengannya, tetapi tidak berjaya,” katanya. Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu kemudianya naik semula ke atas untuk menguruskan keperluan anaknya sebelum mengambil keputusan untuk pulang. “Semasa dalam lif, dengan tidak semena-mena, dia memukul dan menendang saya tanpa henti dan berkata, ‘jumpa kau dimahkamah syariah’. “Selain denyutan akibat bengkak di kepala, pergelangan tangan saya turut sakit akibat dicengkam dengan kuat,” katanya semasa mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya. Wanita itu berkata,kakinya juga lebam dan sengal akibat ditendang keluar daripada lif terbabit.

Bagaimanapun, mangsa sudahpun membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Perda, 12 Ogos lalu sejurus selepas kejadian itu berlaku. Meskipun begitu, dia tidak menyangka video yang dimuat naik adiknya di laman Facebook mendapat reaksi dan keprihatinan banyak pihak. Difahamkan mangsa dan suami tinggal berasingan sejak Disember lalu ekoran suaminya yang sudahpun berkahwin lain pada tahun yang sama menetap di Jerantut, Pahang. Mangsa yang tinggal bersama ibunya di Mengkuang dekat sini berkata, tindakan saman akan diambil. Tambahnya lagi, permohonan cerai juga telah dibuat awal bulan lalu.-MD





.

8 Penyokong CHELSEA:

aizamia3 on August 15, 2013 at 4:19 PM said...

Moga ianya selesai dengan baik hendakNYA..
kesian kat anak2.. trauma dorang :(

Cik Farhana on August 15, 2013 at 4:26 PM said...

sampai ati ;'( sedeyh sgt tgk video tuh. da la pukul depan anak2x..mmg xpatot!

fizafantagiro on August 15, 2013 at 4:35 PM said...

Semalam tgk video tu .hishh mmg terukkk si suami tu ..grrr

JunAina on August 15, 2013 at 5:16 PM said...

Lupa dah masa2 bahagia sampai dapat 3 anak tu...ishkkk...

Unknown on August 16, 2013 at 11:16 AM said...

sebab u je nk pukul bini smpai mcm tu sekali...depan anak lak tu..mmang patut la anak die merengek xnak ikut die..

Unknown on August 18, 2013 at 9:32 PM said...

macam2 orang ni kan

Farhana on August 18, 2013 at 9:55 PM said...

Kejam. Hmm.

Unknown on August 19, 2013 at 8:08 PM said...

Betul tak patut..dayus lelaki mcm nie...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!