Remaja unik, lain dari yang lain.. | Kebiasaannya golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka bermain permainan komputer, namun berlainan pula dengan Shandor Larenty, apabila dia memilih untuk bermain dengan singa seberat 250 kilogram yang diberi nama Zavu, sebagai hobinya. Remaja berusia 18 tahun berasal dari Chipping Norton di Oxfordshire itu berkata, dia suka melakukan perkara tersebut. Saya dibesarkan untuk melakukan perkara ini, ia adalah sesuatu yang saya suka, kawan-kawan saya fikir saya sedikit gila kerana dibesarkan bersama seekor singa, katanya. Larenty dan Zavu dilihat begitu selesa bersama, malah remaja itu juga tidak gentar mengusap, memeluk dan menggosok kaki haiwan tersebut.
Larenty mula menunjukkan minat meneruskan tradisi keluarganya apabila dia berinteraksi dengan gajah ketika berusia 13 bulan, diikuti pertemuan pertamanya dengan harimau bintang ketika berusia 11 tahun dan semenjak itu dia tidak menoleh ke belakang lagi. Kebanyakan singa yang saya temui dilahirkan ketika saya baharu mula belajar mendekati haiwan, jadi saya membesar bersama mereka. Zavu adalah singa istimewa kerana ia benar-benar menyayangi saya dan kami adalah rakan karib.
Ia suka dipeluk dan suka menjadi perhatian. Ia juga suka kakinya diurut, kata Larenty. Remaja itu mengikut jejak bapanya, Alex, 54, yang juga seorang pakar hidupan liar yang turut berinteraksi dengan singa jantan dikenali sebagai Jamu. Alex telah menurunkan kemahirannya menjinakkan singa kepada Larenty supaya dia boleh meneruskan perniagaan keluarga membekalkan haiwan berkenaan untuk rancangan televisyen dan filem. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
berani dia ni,,, skali kena NGAPPPPPP
Post a Comment