Wujudnya halaman Facebook yang menghina Rakyat Sabah dan Sarawak juga Penganut Kristian | Sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab mewujudkan halaman di laman sosial Facebook yang didakwa membenarkan orang ramai untuk menghina rakyat Sabah dan Sarawak. Timbalan Ketua Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) bahagian Ranau, Datuk Siringan Gubat membuat gesaan itu diikuti dengan satu laporan polis yang dibuat mengenai mereka yang mewujudkan halaman Facebook bertajuk "Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak" pada 7 Ogos.
Halaman Facebook itu didakwa mengandungi komen-komen daripada orang ramai yang menghina rakyat Sabah dan Sarawak, dan juga penganut Kristian di negara ini. Laporan polis yang dibuat oleh anggota Pemuda Upko Tuaran, yang menggesa supaya tidak dikenakan terhadap pentadbir bagi halaman di laman sosial itu. Siringan, yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri berkata, halaman itu menghina mereka di Malaysia Timur juga menyinggung perasaan penganut Kristian di negara ini. "Kita tidak boleh hanya duduk dan berdiam diri apabila seseorang berbuat sesuatu yang begitu serius seperti ini," katanya sambil menambah bahawa perkara itu hanya akan membahayakan perpaduan dan hubungan berbilang agama, dan antara Malaysia Barat dan Timur.
"Kita juga tidak mahu melihat sebarang perbezaan atau pilih kasih dalam layanan atau tindakan terhadap sesiap yang menghina agama lain, tidak kira siapa dia atau dari mana latar belakang agama seseornag itu," tegas Siringan. Beliau berkata, ia tidak bertepatan dengan imej Kerajaan yang secara agresif mempromosikan semangat 1Malaysia dan hubungan integrasi antara Malaysia Barat dan Timur, sekiranya mengambil ringan berhubung perkara ini. -Mstar
.
1 Penyokong CHELSEA:
mcm2..ape lgi report abuse kt fb la..bg lenyap tros page bodoh tu
Post a Comment