Friday, September 13, 2013

6 Gambar pernikahan penyanyi, Black dan isteri, Naquira Yasira


6 Gambar pernikahan penyanyi, Black dan isteri, Naquira Yasira | Mengambil keberkatan sempena hari penuh barakah hari Jumaat, penyanyi Black Hanifah akhirnya sah bergelar suami kepada Naquira Yasira Mohamad Khairi atau dikenali dengan panggilan Chira Khairi, dengan sekali lafaz, sekitar jam 12.06 minit tengahari tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi program Wanita Hari ini, di TV3.


Pemilik nama sebenar, Hanifah Md Hanafiah, 26, telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamad Khairi Abu Hassan dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Syukri Yaacob, Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara. Chira Khairi, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000. Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Black menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya.


Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya. Penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, sebentuk cincin Habib Jewels, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol Kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut jenama Charles & Keith. Sebagai balasan, Chira menerima 9 dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan ADDesign.


Black segak berbaju Melayu dan Chira anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional. Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.


Black dan Chira yang telah mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dan majlis diadakan secara rahsia.Perkenalan mereka bermula di Dataran Merdeka sekitar Oktober tahun lalu. Chira yang juga seorang ahli perniagaan merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan atau dikenali sebagai Abang K iaitu suami kepada aktres popular, Datin Paduka Umie Aida.


Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan berlangsung pada 14 September (esok), jam 8 malam bertemakan ala 'Vintage Inggeris', di lokasi yang sama. Manakala pada 15 September (Ahad) pula akan diadakan jamuan keramaian bertempat di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!