Thursday, September 5, 2013

Gambar terkini penyanyi Ina Naim dan keluarga


Gambar terkini penyanyi Ina Naim dan keluarga | Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33. Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. "Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam. "Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun. "Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih "Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. "Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja. "Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007. -Mstar




.

6 Penyokong CHELSEA:

kak tie on September 5, 2013 at 1:45 PM said...

dah bahagia dah..ok la tu

kak tie on September 5, 2013 at 1:45 PM said...

dah bahagia dah..ok la tu

Unknown on September 5, 2013 at 2:10 PM said...

alhamdulillah :)
semoga hubungan ina dan suami akan terus berpanjangan :)
amin :)

syamsul on September 5, 2013 at 2:12 PM said...

bgslh perubahan tu..

ayuzan on September 5, 2013 at 3:35 PM said...

alhamdulillah. :)

Anonymous said...

alhamdullilah..
semoga bahagian ya ina...

pada frenz..
sy nak tau la nama kilang tempat ina naim kerja dulu..sbb saya nak cari seorang kawan yg telah lama terpisah..bernama Riduan Mohd Noor..saya ada ternampak gambar beliau semasa membaca nover Diana dulu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!