Friday, September 13, 2013

Kenali lelaki ini yang memiliki koleksi lebih 6000 patung barbie


Kenali lelaki ini yang memiliki koleksi lebih 6000 patung barbie | SIAPA sangka di sebalik rekaan rumah yang moden dengan hiasan yang sederhana, lantai ruang tamu rumah tersebut berwarna merah jambu terang dan tersusun rapi lebih 6,000 koleksi patung Barbie pada rak di dinding. Koleksi patung Barbie dan lebih 3,000 patung lain mendominasi tiga bahagian dinding ruang tersebut serta bilik tidur dan ruang kerjanya. Menakjubkan, ia bukanlah koleksi seorang wanita, tetapi lelaki yang berusia 33 tahun dari Singapura yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri lelaki lembut. Tegas Jian Yang, dia adalah lelaki normal. Cuma hobinya sejak kecil itu memang lain dari yang lain dan akuinya ia sering membuatkan bekas teman wanitanya tidak yakin dengan diri sendiri.


"Bekas-bekas teman wanita saya sering berasa kurang berkeyakinan dengan koleksi saya kerana ia umpama persaingan untuk mereka," ujarnya yang menghabiskan S$500,000 (RM1.2 juta) sejak 20 tahun untuk koleksinya. Ceritanya, minatnya terhadap patung bermula ketika dia berusia 13 tahun selepas dia membeli patung Barbie model Great Shape, patung Barbie memakai baju senaman berwarna firus dengan pemanas kaki yang berjalur-jalur. Ketika itu, dia sering menonton iklan patung Barbie di televisyen dan menyukainya dan membelinya apabila mula mendapat elaun daripada ibu bapa. Selain patung Barbie, Jian Yang turut mengumpul patung Bratz Girls, Monster High and Jem dan Holograms Lines. Koleksi paling tua miliknya merupakan patung Barbie tahun 1960-an iaitu patung jururawat yang memakai cermin mata.


Dia turut menggemari patung Barbie edisi terhad yang menggayakan pakaian kebangsaan serta orang-orang ternama seperti Grace Kelly, Barbra Streisand, Carol Burnett dan Elizabeth Taylor. Di dalam rak ruang tamunya, Osama Laden sedang berkongsi minuman dengan Saddam Hussein, sambil dilihat ahli sihir jahat daripada fiksyen Sleeping Beauty, Jackie Onassis dan Puteri Diana. Di dalam rak satu lagi, terdapat patung Elvis Presley, Sean Connery sebagai James Bond dan karakter dari filem Harry Potter serta Star Trek tersusun rapi. Hobi uniknya itu disokong rakan-rakan dan keluarga yang turut sering menghadiahkan patung kepadanya.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Rozita Ceritaita on September 13, 2013 at 4:36 PM said...

huhu... terpengaruh dengan kartun sgt ni...

tapi akan menguntungkan satu hari nanti...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!