Kenapa filem Puteri Diana dikecam pengkritik? | Filem Diana yang mengisahkan riwayat hidup mendiang Puteri Diana yang maut dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, dikecam hebat pengkritik sejurus tayang perdananya di sini, semalam. Bintang utama filem itu, Naomi Watts sebelum ini mempertahankan pembabitannya dalam filem kontroversi itu yang menyoroti kisah percintaan Diana dengan doktor Pakistan yang menetap di London, Hasnat Khan. Namun, dalam beberapa jam semasa tayangan perdana Diana, akhbar Britain mula menghentam filem itu dengan hebat. Times dalam laporannya memuji lakonan Watts yang disifatkan 'baik mahupun skrip filem itu agak memalukan' dan merumuskan Diana sebagai 'teruk'.
"Kasihan Puteri Diana. Saya teragak-agak untuk menggunakan terma 'filem kemalangan kereta'. Namun, kebenaran yang tidak seronok adalah, 16 tahun selepas tragedi itu, Puteri Diana sekali lagi 'mati' hari ini dengan keadaan yang lebih dahsyat,'' tulis pengkritik akhbar Guardian, Peter Bradshaw. The Daily Telegraph pula memberi dua bintang kepada filem itu, lebih satu bintang berbanding Guardian dan Times. Berdasarkan buku karya Kate Snell pada 2001 berjudul Diana: Her Last Love, filem itu memaparkan kisah cinta Puteri Diana dan Dodi Fayed, yang disifatkan rakan-rakanyya sebagai sengaja membuatkan Khan cemburu. - AFP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment