Saturday, September 28, 2013

Kenapa iphone 5s ini dijual dengan harga mahal


Kenapa iphone 5s ini dijual dengan harga mahal | Versi terbaharu telefon pintar iPhones 5S berwarna emas dijual di laman web lelongan eBay pada harga AS$10,100 (RM32,534), lapor sebuah akhbar kelmarin. Telefon pintar keluaran firma Apple Inc. itu dijual pada harga lebih tinggi berbanding telefon pintar bersalut emas lain yang berada di pasaran. Selain itu, Apple turut menghasilkan telefon pintar iPhones 5S dalam versi warna perak dan kelabu. Gajet kesukaan ramai itu menjadi rebutan peminatnya sejurus ia memasuki pasaran pada Jumaat lalu.

Sejumlah pengguna eBay sedaya upaya cuba memiliki telefon pintar berwarna emas berkapasiti 16GB itu dengan membida 12 kali ganda lebih tinggi daripada harga runcit. Pada saat-saat akhir bidaan, harga tawaran yang bermula pada AS$2,500 (RM8,053) meningkat kepada AS$10,100(RM32,534). Walaupun iPhone berwarna emas sudah beberapa kali dijual di eBay, lelongan tersebut mencatat harga paling tinggi setakat ini. Dalam pada itu, Apple mendedahkan, ia telah menjual sebanyak sembilan juta unit iPhone 5S dan iPhone 5C dalam tempoh tiga hari selepas gajet berkenaan dilancarkan. - Agensi




.

3 Penyokong CHELSEA:

budakbandunglaici on September 28, 2013 at 10:42 AM said...

beli lepas tu gadai kat kedai emas. haha

My recent post : 7 Hari Seminggu 5 Jenis Baju

mselim3 on September 28, 2013 at 12:39 PM said...

Assalammualikum..lulu,

Dengar cerita pengalaman daripada kekawan..dan kedai handphone... ipone keluaran apple x hanging .. teknologi yg baik dan mesra pengguna..tu yg sebab harga mahal.

mselim3

نور کرميلا on September 29, 2013 at 9:12 AM said...

:) mahalnyaa . daripada beli iphone semahal itu baiklah melancong ... org kaya boleh laa beli macamtu .. follow me bck : http://mysupperduppersite.blogspot.com/ and support my fbpage : https://www.facebook.com/pages/Supermuslimahsite/168737073213872?ref=hl

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!