Sunday, September 22, 2013

Lelaki dibunuh hanya kerana berebut hendak memasak


Lelaki dibunuh hanya kerana berebut hendak memasak | Hanya kerana berebut hendak memasak, seorang lelaki warga Bangladesh mati ditikam dipercayai oleh rakan serumahnya dalam kejadian di Jalan Wawasan 2, Bandar Baru Ampang, di sini, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 8.30 malam dan 8.45 malam. Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 35 tahun itu ditikam pada bahagian rusuk kiri. "Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

"Pemeriksaan menunjukkan terdapat satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri mangsa," katanya, semalam. Menurutnya, susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga rakan serumah mangsa berusia 28 tahun. "Lelaki itu kita tahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Beliau berkata, setakat ini motif awal dipercayai ada kaitan dengan hal memasak. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk dibedah siasat. Difahamkan, rumah terbabit disewa mangsa bersama kira-kira 15 lagi lelaki Bangladesh. -SH




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!