Wednesday, September 11, 2013

Lelaki ini maut dibelasah hanya kerana sebab 'menjeling'


Lelaki ini maut dibelasah hanya kerana sebab 'menjeling' | Seorang pemuda maut dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki ketika mangsa bersama tiga lagi rakannya hendak singgah minum di sebuah gerai di kawasan Medan Selera Sri Stulang di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu, mangsa, Mohammad Hafiz Nizamuddin, 22, bersama tiga rakannya berumur antara 22 hingga 24 tahun dikatakan baharu pulang dari tempat kerja mereka berhampiran lokasi terbabit. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Azizan Anan berkata, selepas beberapa minit berada di medan selera berkenaan, hadir empat lelaki lain yang turut singgah minum di tempat sama. "Pertengkaran mula tercetus apabila rakan mangsa didakwa menjeling salah seorang lelaki daripada kumpulan tersebut sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati kesemua suspek.

"Keadaan menjadi tegang apabila kumpulan itu menggunakan kerusi dan meja untuk menyerang mangsa dan rakannya" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Azizan, selepas penyerang itu beredar, rakan-rakan mangsa mendapati Mohammad Hafiz cedera teruk sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa yang parah di bahagian badan dan kepala disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.

Susulan daripada maklumat yang diperoleh, Azizan memberitahu bahawa polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dipercayai salah seorang penyerang di sekitar bandar raya ini. "Identiti tiga lagi penyerang juga telah dikenal pasti dan polis yakin mereka akan dapat ditahan dalam masa terdekat. "Namun, kami tetap memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit dan mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan," katanya. Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Utusan





.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 11, 2013 at 10:03 AM said...

jeling je kot! aduhai..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!