Tuesday, September 24, 2013

Penerbangan terpaksa ditunda sebab ada ular eksotik


Penerbangan terpaksa ditunda sebab ada ular eksotik  | Penerbangan pesawat 747 Boeing Qantas membawa 370 penumpang di Sydney terpaksa ditunda beberapa jam selepas seekor ular eksotik kecil ditemui dalam kapal terbang itu. Staff menemui ular spesies ‘Mandarin Rat’ sepanjang 20 sentimeter itu dalam kabin penumpang berhampiran pintu kapal terbang itu lewat malam Ahad. Selepas dikeluarkan barulah penumpang dibenarkan menaiki pesawat yang dijadualkan berlepas ke Tokyo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, menurut kenyataan Qantas.


Naik pesawat gantian 

Syarikat penerbangan utama Australia itu berkata, penumpang diberikan bilik hotel untuk tidur sebelum menaiki pesawat gantian pada pagi Isnin. Qantas berkata, jet asal akan disembur ubat sebagai langkah berhati-hati dengan kemungkinan ada ular lagi sebelum pesawat dibenarkan terbang semula. Ular itu diambil oleh anggota pasukan unit kuarantin untuk dianalisis. Jabatan Pertanian berkata, ular spesies berkenaan boleh mencapai 1.2 meter panjang. Ia juga dimandulkan kerana reptilia eksotik seperti ini membawa penyakit atau virus perosak baru ke Australia. Jabatan berkenaan berkata, ular itu sudah ada dalam pesawat yang tiba dari Singapura sehari sebelumnya. “Jabatan Pertanian sedang mengkaji bagaimana ular itu datang untuk berada di kapal terbang, tetapi tidak dapat memberi teori pada masa ini,” katanya. Ular Asia itu sedikit berbisa dengan kira-kira selebar pensil dan tidak menimbulkan ancaman kepada manusia.


Boleh jejas ekologi 

Tetapi, ia mempunyai potensi untuk menyebabkan bencana ekologi Australia jika terlepas masuk ke alam sekitar tempatan dengan pasangan, kata pakar reptilia Zoo Canberra, Peter Child. Walaupun ular jarang menimbulkan bahaya kepada penerbangan, seekor ular sawa sepanjang tiga meter berpaut kepada sayap pesawat Qantas dari pantai timur laut bandar Cairns ke Papua New Guinea. Januari lalu. Ular itu mati dalam penerbangan tetapi masih melekat kepada sayap apabila penerbangan dua jam berakhir di Port Moresby. -AP



.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 25, 2013 at 9:48 AM said...

huhuhuhhu..nasib baik jmp

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!