Gambar anak keempat Jurulatih badminton negara, Rashid Sidek | Merupakan hari yang amat menggembirakan buat jurulatih badminton perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek apabila dikurniakan cahaya mata keempatnya. Selepas diselubungi kontroversi ekoran peletakan jawatan daripada skuad kebangsaan bulan lalu, sebelum beliau membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rashid berharap, kehadiran insan baharu dapat menambah rezeki serta mempermudahkan kehidupannya. Kata Rashid, isterinya, Noor Azehan Abdul Halim, 34, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.23 kilogram itu di Hospital Pakar Ampang Puteri pada jam 9.49 pagi.
Anak keempatnya itu belum diberi nama, namun Rashid berkata, asalkan bayi dan ibunya selamat, itu sudah cukup menggembirakannya. Rashid sebelum ini sudah dikurniakan tiga cahayamata hasil perkongsian hidupnya dengan Noor Azehan. Anak sulung mereka lelaki berusia 9 tahun, manakala anak perempuan kedua 8 tahun dan anak lelaki ketiganya, 4 tahun.
"Isteri saya melahirkan bayi lelaki kami secara pembedahan. Sebenarnya, tiga anak kami sebelum ini turut dilahirkan secara pembedahan, jadi saya agak risau juga pada awalnya apabila isteri saya melahirkan anak keempat kami. "Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat. Saya belum beri nama anak lagi. "Saya harap, rezeki anak keempat ini akan menerangi keluarga kami dan juga karier saya sebagai jurulatih. Saya juga berharap, rezeki ini dapat dikongsi bersama oleh sukan badminton negara. "Moga perjalanan badminton kita akan bertambah maju dan berjalan lancar," ujar Rashid. -Utusan
.
1 Penyokong CHELSEA:
alhamdulillah :D
Post a Comment