Tuesday, October 22, 2013

Gambar rompakan kedai emas di Lahad Datu

 
Gambar rompakan kedai emas di Lahad Datu | Sekumpulan perompak bersenjata pistol melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di pekan Lahad Datu semalam. Kejadian tersebut difahamkan pertama kali berlaku di daerah itu dalam tempoh 20 tahun. Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Supritendan Bong Khuet Khuin berkata, dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu kumpulan perompak menyerbu ke dalam kedai berkenaan semasa ketiadaan pelanggan. "Seorang daripadanya kemudian mengacukan pistol ke arah kepala pemilik kedai emas itu manakala dua lagi rakannya membuka almari kaca dan mengambil barangan kemas dianggarkan bernilai RM40,000. "Selepas itu suspek telah melepaskan satu das tembakan di dalam kedai dan satu das tembakan lagi ke udara semasa berada di luar sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta berwarna putih," katanya.


Kata beliau, hasil siasatan awal dan berdasarkan dua kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian, polis percaya perompak berkenaan menggunakan pistol jenis Colt.45. "Berdasarkan loghat percakapan ketiga-tiga lelaki berbadan tegap itu, mereka dipercayai orang tempatan dan dipercayai pernah datang ke kedai emas tersebut sebelum melakukan rompakan," katanya. Beliau berkata, pihak polis telah melancarkan Ops Tutup di laluan keluar utama dari Lahad Datu bagi mengesan penjenayah berkenaan. Menurut Khuet Khuin, polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan terlibat supaya menghubungi balai polis berhampiran. -Utusan



P/S - Gambar sumber dari FB




.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on October 22, 2013 at 9:29 AM said...

Ingin menjana pendapatan tambahan ;) ;) :0..Mari sertai kami dan daftar di :

http://www.yournetpay.com/index.php?refcode=48831

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!