Sunday, October 27, 2013

Gambar tsunami kecil di Jepun


Gambar tsunami kecil di Jepun | Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, berlaku gempa bumi bermagnitud 7.3 menggegarkan pantai timur Jepun sehingga mencetuskan tsunami kecil. Pegawai Agensi Meteorologikal Jepun berkata, gempa itu berlaku di luar pantai Honshu, 375 kilometer timur Fukushima. Selepas gempa bumi itu, amaran tsunami dikeluarkan dalam lima wilayah timur namun dibatalkan kira-kira dua jam kemudian. “Berlaku perubahan pada paras laut dengan ketinggian ombak mencecah 55 sentimeter.

Nelayan dan pekerja di perairan diarah memberhentikan segala operasi sehingga diberi tahu,” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, pengendali loji kuasa nuklear Fukushima, Tokyo Electric Power Company (Tepco) melaporkan, tiada kerosakan atau kenaikan tahap radiasi di stesen berkenaan. Jurucakapnya berkata, beberapa kakitangan diarahkan berpindah ke kawasan lebih tinggi selepas gempa tercetus. Pada Mac 2011, gempa bumi bermagnitud 9.0 berlaku hingga menyebabkan gempa susulan mengakibatkan 19,000 mangsa terbunuh, termasuk tumpahan radiasi di loji jana kuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi. - AP





.

1 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on October 27, 2013 at 3:20 PM said...

semoga semua selamat. dugaan Allah.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!