Saturday, October 19, 2013

Inilah keburukan bermain Candy Crush Saga



Inilah keburukan bermain Candy Crush Saga | Seorang wanita di sini mengalami masalah sakit belakang dan tidak cukup tidur ekoran ketagih bermain permainan atas talian, Candy Crush. Lucy Berkley, 44, berkata, dia mengalami masalah itu kerana duduk dalam keadaan membongkok yang terlalu lama untuk bermain Candy Crush. "Saya boleh menghabiskan masa lebih 10 jam untuk bermain permainan itu tanpa memikirkan perkara lain. "Saya akan berasa mengantuk setiap kali ke pejabat ekoran tidak cukup tidur," katanya.

Namun, situasi itu bukan sahaja dialami oleh Berkley kerana rakan-rakan pejabatnya turut ke tagih bermain permainan tersebut. "Pada mulanya saya fikir mustahil saya tidak cukup tidur kerana Candy Crush, namun apabila rakan-rakan saya juga mengalaminya, kami tidak kisah dengan situasi itu.


"Malah, saya dan rakan-rakan pejabat mula bertanding kedudukan siapa paling tinggi dalam permainan itu," ujarnya. Menurut agensi AppData, kira-kira 700 juta pengguna bermain Candy Crush di seluruh dunia menerusi telefon pintar. Data AppData juga menunjukkan, permainan atas talian itu lebih digemari oleh golongan wanita berbanding lelaki. Menurut pencipta permainan itu, King.com, wanita berusia 25 tahun hingga 55 tahun didapati menjadi pemain setia Candy Crush. - AGENSI




P/S - Muahaha, nasib baik tak ketagih sangat. Kalau sangkut dalam satu-satu level tu, memang terus tak serius main..




.

4 Penyokong CHELSEA:

aizamia3 on October 19, 2013 at 9:59 PM said...

Dah jarang main.. bila rasa level tu susah.. terus taknak main.. tak suka rasa stress sebab game tu.. hehehe..

MisEyz BLurz on October 19, 2013 at 11:57 PM said...

betul2...xdela sampai ketagih sgt mcmtu..ehee

Cik Atoniah Bandarus on October 20, 2013 at 8:01 AM said...

nasib baik saya tak main permainan ni . x suka pun main . kawan2 selalu suruh install dan main tapi saya buat x dengar je .

maszull on October 22, 2013 at 9:27 PM said...

assalamualaikum lulu....betul tu mama pun skg dah kurang nak main sbb sampai satu level ni masih x lepas2...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!