Monday, October 7, 2013

Lihat bagaimana usaha Brazil untuk cari peserta pemanah wakil negara dalam sukan olimpik 2016


Lihat bagaimana usaha Brazil untuk cari peserta pemanah wakil negara dalam sukan olimpik 2016 | Brazil merancang untuk menjadikan kanak-kanak orang asli dari hutan tropika Amazon sebagai peserta memanah bagi mewakili negara ini, sekali gus memenangi pingat pada Sukan Olimpik 2016 di sini. Untuk itu, pencari bakat Brazil telah memasuki hutan Amazon yang menjadi ‘rumah’ kepada kira-kira 400 etnik orang asli, bagi mencari kanak-kanak yang dipercayai memiliki kemahiran tradisi berkenaan yang telah sebati dalam darah daging mereka. Mereka percaya, kanak-kanak ini mempunyai potensi untuk menjadi seorang juara dalam pertandingan memanah pada Sukan Olimpik akan datang.

 Seorang pencari bakat Olimpik dari Yayasan Pemeliharaan Amazon (FAS), Marcia Lot berkata, kanak-kanak itu berkemampuan memburu dan membunuh burung yang berada pada ketinggian 100 meter dan memanah ikan di dalam air. “Saya menemui pemanah dengan bakat semula jadi. Tradisi ini telahpun diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi dan diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak mereka. “

Kini, belia orang asli ini berminat untuk menggunakan kemahiran itu bagi mengubah kehidupan mereka,’’ katanya. Lot berkata, pencarian bakat itu telah membawanya bertemu dengan lapan komuniti orang asli daripada pelbagai etnik termasuk daripada puak Xingu, Kambeba dan Aldeia Kuana. Lebih 80 calon pada mulanya telah terpilih dengan kesemuanya dipercayai mempunyai kemahiran memanah secara ‘semulajadi’. Namun, selepas beberapa siri saringan oleh Persekutuan Memanah Amazon pada Jun lalu, hanya tinggal 10 orang calon sahaja yang layak dengan pemilihan akhir akan diadakan pada bulan ini bagi memilih tiga peserta terbaik. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Akmall Razlan on October 7, 2013 at 10:30 PM said...

kalau camtu.. terus cari untuk renang bagai,mesti ada yang renang laju larikan diri dari buaya kan? or, yang rock climber, lari dari binatang buas kan? hihu..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!