Tuesday, October 1, 2013

Petua kesihatan yang sesuai untuk wanita berusia 30an



Petua kesihatan yang sesuai untuk wanita berusia 30an | Setiap wanita mengimpikan kecantikan dan kesihatan yang baik, namun apabila usia meningkat, pelbagai masalah akan muncul dan ianya pasti tidak sama ketika zaman anak dara. Apabila umur sudah memasuki 30an, kelembapan kulit akan semakin kurang, oleh itu penggunaan krim sangat diperlukan. Gunalah pelembap yang sesuai dengan kulit dan tidak semesti sesuatu produk yang mahal itu bagus tetapi yang sebaiknya carilah produk yang sesuai untuk kulit anda. Amalkan pemakanan seimbang seperti makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan jauhi daripada makanan berlemak dan makanan ringan kerana secara tidak langsung ia dapat melambatkan proses penuaan.

Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada pancaran cahaya matahari dalam tempoh masa yang lama. Pendedahan yang lama bukan saja akan mehitamkan kulit malah ianya juga akan mengurangkan kelembapan dan seterusnya menyebabkan kepada kekeringan. Selain itu, bersenam juga mampu meningkatkan stamina dan mencantikkan tubuh badan. Sekurang-kurangya lakukan senaman 3 kali seminggu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat dan langsing. Wanita yang positif, ceria, dan selalu sentiasa tersenyum akan membuatkan anda kelihatan awet muda dan mudah didekati malah juga mampu menambahkan keyakinan diri di samping dapat mengelakkan tekanan.

Pastikan minum banyak air kerana air adalah aset yang penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya pada kulit muka. Air juga adalah penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksik dalam tubuh badan. Pengambilan vitamin amatlah digalakkan untuk wanita 30an kerana kesibukan waktu kerja di pejabat mahupun rumah akan menyebabkan kepenatan serta kelesuan tubuh badan jadi dengan pengambilan vitamin, kesihatan anda akan lebih terjaga. Itulah serba sedikit antara petua kesihatan untuk wanita 30an amalkan untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik. Selamat mencuba!!






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!