Sadako 3D, filem seram Jepun | HANTU Sadako kembali menghantui apabila Sadako 3D 2, sebuah lagi filem seram buatan Jepun, bakal menemui penonton pada 10 Oktober ini. Lari dari filem pertamanya, Sadako 3D 2, tidak lagi menampilkan sosok kanak-kanak yang berambut panjang dan menyeramkan keluar daripada TV sebaliknya disesuaikan dengan teknologi zaman sekarang seperti telefon pintar dan komputer riba. Menariknya, Sadako 3D 2 menggunakan format 'smartphone 4D' yang memungkinkan penonton menyaksikan filem ini dengan kesan khas 4D. Menurut penerbitnya, Tsuyoshi Kobayashi, sesuatu yang baru akan dibawa dalam Sadako 3D 2.
“Saya berharap saya boleh meniupkan angin baru ke dalam filem ini,” katanya. Tambahan pula, filem arahan Tsutomu Hanabusa ini tetap tampil dengan elemen-elemen kejutan yang tentunya mengundang debaran hebat kepada penonton. Beberapa tahun berlalu selepas insiden sumpahan klip video tetapi masih lagi berlakunya beberapa kematian misteri tetapi sebab sebenarnya masih tidak diketahui. Pada masa sama, terdapat juga beberapa insiden kehilangan dilaporkan. Ketika siasatan dijalankan, terdapat beberapa petunjuk yang mengaitkan kejadian berlaku dengan sumpahan klip video yang berlaku sebelum ini. Dan, seorang kanak-kanak perempuan misteri dikatakan adalah kunci penyelesaian kepada pelbagai kejadian aneh ini. -SH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment