Friday, November 29, 2013

Khabar dan gambar terkini pelakon Cico Harahap


Khabar dan gambar terkini pelakon Cico Harahap | Meskipun agak lama pelakon Cico Harahap tidak muncul baik menerusi lakon layar mahupun drama-drama di kaca TV, namun beberapa bulan lalu nama anak kepada seniwati Uji Rashid ini hangat diperkata ramai ekoran tersebar beberapa keping gambar beliau yang memperlihatkan seolah-olah beliau sedang sakan berparti, di Pulau Perhentian. "Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam dan malam pula kami kerja di bar tersebut, kutip tin. "Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih-alih gambar tu tersebar dan keluar cerita sebegitu. Saya redha sajalah", jelas Cico ketika ditemui sewaktu di lokasi penggambaran Jiwa, di Stadium Titiwangsa, semalam.

Tambah pemilik nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 36, ini biarpun timbul cerita negatif mengenai dirinya, sikit pun tidak memberikannya tekanan. Sebaliknya anak kepada seniwati popular 70-an, Uji Rashid bersykuur kerana masih menerima tawaran berlakon dan menyara keluarga. "Saya tak tertekan, tak sedih ataupun marah bila timbul cerita sebegini sebab satu masa dulu Uji Rashid punya cabaran lagi berpuluh kali ganda. Tapi dia masih tetap terus bertahan sebagai Uji Rashid sampai hari ini. Saya masih lagi boleh menyara keluarga saya, itu sudah cukup", ujarnya.Berkongsi mengenai kehidupan sekarang, kata Cico selama ketiadaannya beberapa bulan ini kerana tumpuannya pada kerjaya sebagai jurulatih selam di Pulau Perhentian. Hinggalah beliau ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Jiwa, arahan Khabir Bhatia.

"Selama ni saya di pulau. Saja nak cuba kerjaya lain. Lagipun pelakon baru sekarang ni dah ramai. Sekarang ni pun tengah musim tengkujuh, jadi kebetulan ada tawaran berlakon dan saya terima. "Sebelum ni saya ada berlakon satu filem arahan Khabir. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon untuk drama ni. Saya suka karakter ini sebab ia satu karakter yang colourful. Saya jadi sahabat baik kepada Iskandar iaitu lakonan Remy Ishak", katanya sekaligus menyifatkan lakonannya terbarunya itu sebagai kemunculan semulanya. - MD





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!