Friday, November 22, 2013

Wanita bunuh diri ditemui dalam longkang di Flat Desa Wawasan


Wanita bunuh diri ditemui dalam longkang di Flat Desa Wawasan | Desa Wawasan gempar selepas menemui mayat seorang wanita dalam longkang dipercayai terjun daripada tingkat tujuh perumahan berkenaan di sini, hari ini. Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata dia antara orang pertama yang menemui mayat itu ketika pulang ke rumahnya di flat berkenaan pada 1 petang. "Saya baru letak motosikal sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat, pada mulanya saya ingat bunyi mercun tetapi apabila berjalan tepi longkang baru nampak seorang wanita berlumuran darah.

"Saya cuba bagi bantuan kecemasan sebelum menjerit meminta bantuan daripada orang ramai tetapi ketika itu, wanita berkenaan sudah tidak memberi sebarang respons," katanya kepada pemberita. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata mayat mangsa, Ng Sai Lee, 49, dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

"Dipercayai wanita itu, yang tinggal di tingkat empat flat berkenaan, terjun dari tingkat tujuh berikutan penemuan selipar mangsa di situ (tingkat tujuh)," katanya. Azman berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini, polis mengklasifikasi kes itu sebagai kematian mengejut. "Menurut ibu mangsa yang tinggal dengan wanita itu, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini dan beliau sedih dengan kejadian berkenaan," katanya. - BERNAMA




.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on November 22, 2013 at 10:07 AM said...

Astaghfirullahalazim..kenapa ni sampai bunuh2 diri.. :( Sedihkan dengar berita macam ni Lulu? Hmm..

Nour Adieb on November 22, 2013 at 10:13 AM said...

urghhh, ngeri

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!