Friday, December 20, 2013

Ayuh sepakat menyokong kempen boikot Israel


Ayuh sepakat menyokong kempen boikot Israel | Kira-kira dua pertiga daripada 1,252 ahli akademik Persatuan Pengajian Amerika Syarikat (Asa), kelmarin sebulat suara menyokong resolusi memboikot Israel. "Semasa perbincangan terbuka baru-baru ini, beberapa ahli meminta kami menggubal draf resolusi yang bertujuan untuk 'menghukum' Israel kerana melakukan penindasan berterusan ke atas penduduk Palestin," jelas jurucakap Asa. Kempen itu juga bertujuan untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan semua institusi pengajian di Israel yang telah dijalinkan sejak sedekad lalu.

Difahamkan, dipetik dari AFP, persatuan terbesar yang melakukan penyelidikan ke atas sejarah dan adat kebudayaan AS itu turut melancarkan kempen secara dalam talian bagi meraih sokongan masyarakat. Mei lalu, ahli kosmologi Britain, Stephen Hawking menarik diri daripada sebuah persidangan berprestij di Israel sebagai protes terhadap pendudukan rejim Zionis di Tebing Barat. -AFP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!