Sunday, December 29, 2013

Gambar kanak-kanak koma terjatuh dari roda berpusing di Pesta Sungai Nibong


Gambar kanak-kanak koma terjatuh dari roda berpusing di Pesta Sungai Nibong | Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun koma selepas terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt. Ismail Idris berkata, Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada pukul 12.50 tengah malam.

"Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai," katanya. Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - Bernama




.

2 Penyokong CHELSEA:

ERAZ FADLI on December 29, 2013 at 10:40 PM said...

Sama-sama doakan semoga kanak-kanak ni sihat dan cepat sembuh.. Amin..

Rizziela on December 30, 2013 at 9:19 AM said...

Antara punca kenapa sekarang takut sangat nak bawa anak2 main kat funfair or mana2 pusat permainan mcm ni.. keselamatan dah tak ketat..risau keselamatan anak2

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!