Wednesday, December 11, 2013

Hujan meteor Geminids di Malaysia jumaat ini



Hujan meteor Geminids di Malaysia jumaat ini | Langit Malaysia diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai Jumaat ini hingga 17 Disember, menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) semalam. Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 Disember hingga 14 Disember ini. “Titik meteor Geminids adalah daripada buruj Gemini yang berada di langit Malaysia sejak September lepas hingga April tahun depan.

“Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa bulan hampir purnama (91 peratus penuh),” demikian menurut kenyataan itu. Mereka yang berminat menyaksikan hujan meteor boleh berbuat demikian dengan memandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan lapang dan gelap. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau 03-22734301. - BERNAMA




.

3 Penyokong CHELSEA:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on December 11, 2013 at 4:57 PM said...

SubhanAllah...serious?kalau time tu hujan boleh nmpk x?huhu

Sukma on December 11, 2013 at 5:00 PM said...

nice sharing....

Unknown on December 11, 2013 at 7:10 PM said...

yumida pernah tengok hujan meteor tahun ni..
sekitar jam 12 pagi mcm tu
aah mmg nampak hujan meteor dgn mata kasar..subhanallah, first time tgk rs teruja
nak intai la jumaat ni nk tengok hujan meteor sekali lg

Contest SEO Eridy menangi hadiah wang tunai RM500!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!