Sunday, December 1, 2013

Inilah komen Lana Nordin mengenai hubungannya dengan pelakon Johan As'ari


Inilah komen Lana Nordin mengenai hubungannya dengan pelakon Johan As'ari | Tatkala kekasihnya Johan As'ari membuat pengakuan berani, melamar dirinya selepas tiga hari mereka berkenalan, ramai juga yang mendoakan kebahagian mereka berdua. Bagaimanapun timbul pula cerita Lana kononnya menggunakan ilmu hitam untuk memikat hati Johan. Membidas tuduhan tersebut, Lana sebaliknya memberitahu cinta mereka ibarat cinta pandang pertama. "Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari lepas tu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka. "Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah.

Johan ada ilmu dalam agama dan saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya. "Saya juga anggap ini sebagai wake up call untuk saya. Pada usia begini, saya mencari orang yang boleh membimbing saya. Mungkin inilah masanya saya berubah. Johan tak paksa saya. Kalau saya nak berubah kerana diri saya sendiri. Dia sokong saya. Dan saya buat perubahan perlahan-lahan", katanya ketika ditemui pada Sabtu lalu.Dalam masa sama Lana juga berkata, pada awalnya dia ada bertanyakan pada Johan mengenai hubungan aktor itu dengan Shila Amzah. "Masa Johan luahkan hasrat dia pada saya, saya ingat dia main-main. Saya ada bertanyakan tentang hubungannya dengan Shila. Johan beritahu dia dan Shila sekadar kawan. Dia sendiri telefon ibu bapa Shila dan beritahu hal kami dan sewaktu tu saya dengar perbualan mereka. Dan masa tu lah saya betul-betul yakin yang Johan serius dengan saya", ujarnya lagi.

Mengenai khabar dia bakal berhijab kerana Johan, Lana menyangkal hal tersebut dengan mengatakan kenyataan sebegitu tidak pernah keluar dari mulutnya. "Kenyataan macam tu tak pernah keluar dari mulut saya. Kalau saya nak bertudung, kerana Allah. Bukan kerana Johan. Saya hanya kata kalau saya dah berkahwin, kalau suami saya suruh saya bertudung, saya akan pakai sebab dosa saya suami saya yang tanggung. "Tapi Johan ada bagi syarat kat saya, dia tak nak tengok saya pakai skirt. Perlahan-lahan saya cuba berubah. Saya rasa tak ada masalah", ujarnya. - mD




.

3 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on December 1, 2013 at 4:51 PM said...

Yg penting bahagia.

need on December 2, 2013 at 10:53 AM said...

doakan yg baik-baik saja...

ساريده سنين on December 6, 2013 at 9:08 PM said...

cantik juga Lana ni..mungkin dah jodoh dia..doakan dia..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!