Monday, December 23, 2013

Kemalangan ngeri : Lelaki rentung bersama kereta


Kemalangan ngeri : Lelaki rentung bersama kereta  | Seorang lelaki maut selepas rentung bersama kenderaan dipandunya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Sungai Lalang, dekat sini, malam semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam sejurus kenderaan dipandu mangsa dari arah Bedong menghala pusat bandar ini, bertembung dengan treler sarat dengan muatan papan lapis, berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Lalang, di sini, sebelum kereta berkenaan terbakar. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan satu nyawa, bagaimanapun identiti mangsa ketika ini masih belum dikenal pasti.

Mengulas lanjut, katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.45 malam, sebelum dua jentera dengan enam anggota dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan kerja menyelamat. "Sebaik sampai sebuah kereta yang terbabit kemalangan sedang marak terbakar dengan pemandunya masih berada di tempat duduk pemandu. "Kerja pemadaman sepenuhnya berjaya dilakukan, namun mangsa disahkan maut akibat rentung dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat," katanya. -BH




.

1 Penyokong CHELSEA:

Unknown on December 23, 2013 at 10:23 AM said...

Al-fatihah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!